Pages

11.12.12

cinta coklat boost ~

selepas tamatnya exam ekonomi, semua pelajar menjerit kegembiraan..tanda berakhirnya exam spm 2012..semua pelajar berkumpul sebelum berakhirnya persekolahan.. perjumpaan yg terakhir sebagai tanda perpisahan..satu perpisahan yg sgt menyanyat hati..setelah berakhirnya ucapan ketua pelajar..semua bersalaman dan saling meminta maaf..di sudut sebelah kanan dewan, terasing seorang pelajar yg sgt ditakuti oleh semua pelajar..dia lah ketua gangster di sekolah menengah kebangsaan seksyen 9, shah alam..dia berasakan hari ini yg paling bahagia baginya..dia rasa hari ni jugak yg akan mengubah hidupnya..dia tidak mahu lagi menjd ketua gengster..dia akan berusaha akan menjd lebih baik dr kehidupannya yg penuh dgn dosa..

"anna, awak nk pegi mana lepas ni? nk terus balik rumah ke? apa kata kita celebrate kat tutti frutti kat shah alam mall??," tiara menyatakan hasratnya kepada anna..

"hmm, boleh jugak..lama kita xmkn dkt situ..kita bgtaw ayah kita dulu ea,"anna terus mengeluarkan handphone kesayangannya drpd beg..walaupun murah tapi telah berbakti utknya selama 5 tahun di sekolah tu..segera dia menelepon ayahnya..

"awak, ayah kita kasi tapi dia kata jgn lama2.."

jarak atr sekolah dengan shah alam mall tidaklah jauh..cuma beberapa ratus meter shj..kalo berjln cuma 5 minit shj dah smpi..kring2..telefon anna berbunyi..one message received anna segera membuka inbox dan membacanya..

" anna..ni harith..urmm, ketua gengster..boleh x kalo kita jumpa dkt shah alam mall..dkt dpn baskin robbin..pukul 4p.m..saya berharapa awak dpt dtg.." anna segera menutup messagenya..dia pun segera menceritakan kpd tiara utk mendptkn pendapatnya sama ada dia patut pergi ataupun tidak..

"kita rasa awak patut la jumpa dia..bukannya apa, tgk gaya mcm nk bgtaw sesuatu je.."tiara meyakinkan anna utk berjumpa ketua gengster di sekolah mrk..

"tapi takkan la kita nk pegi sorg2..awak teman la kita..nnt apa kata org..tak baik kalo berdua, nnt ada yg ketiga.." jelas anna kepada tiara..tiara hanya mengangguk..

impian mereka berdua utk mkn di tutti frutti terpaksa ditangguh kerana jam tlh menunjukkan tpt pukul 4..mereka berdua segera pergi ke baskin robbin berhampiran pintu utama..dari jauh kelihatan seorang lelaki berpakaian baju putih berserta seluar hijau sedang menunggu di dpn baskin robbin..anna dan tiara mudah mengecam siapa lelaki tu..

"assalamualaikum, kenapa awak nk jumpa saya??saya ada buat salah ke kat awak??"tanya anna kehairanan..

"wa..waalaikumussalam..erk, awak xbuat salah pape pun..saya cuma nk ckp sesuatu."jelas harith kepada anna..hatinya bergetar..jantungnya berdegup dgn kencang..dia berasa sgt gugup..hari yg dinanti-nantikan selama ni, akhirnya tiba..

"apa dia??saya kena balik ke rumah awal, jap lg da nk masuk waktu asar.."

"urm..saya pun xsuka berkias2..terus terang saya ckp..saya.."

"saya apa??" muka anna berkerut penuh tanda tanya namun wajahnya tetap kelihatan cantik tidak kira reaksi apa pun yg dilakukannya..

"saya..saya suka kat awak..dah lama dah saya pendam..saya sekarang ni da xbuat benda2 jht..semuanya sebab awak.." harith cuma mampu menundukkan mukanya kerana rasa malu yg teramat sgt..

"erk, saya..saya xtahu nk ckp apa.." wajah anna kemerahan setelah mndgr luahan hati harith..tiara hanya memerhati sambil ketawa kecil..

"awak, saya ikhlas suka kat awak ni..awak suka kat saya x??" harith hanya berharap anna menerimanya..

boleh dikatakan hampir semua pelajar di sekolah menaruh harapan utk bercouple dgn anna..hampir semua pljr lelaki meminati anna..sudah ramai yg anna tolak utk bercouple kerana dia tahu pljr2 lelaki di sekolahnya hanya tahu memenuhi nafsu semata2..hanya menyukai kecantikannya..dia cuma mengharapkan cinta yg suci bukannya cinta yg dikotori oleh perbuatan manusia..dia sedar cinta yg difahami oleh pljr2 lelaki di sekolahnya hanyalah cinta monyet bukannya cinta suci yg sgt diinginkannya..namun tidak semua pelajar di sekolahnya berfikiran begitu..ada segelintir pljr yg masih memahami konsep cinta yg sbnr..mereka tulah yg telah ditarbiyah sejak dr kecil..

"bukan saya xnk jwb, tapi perjalanan kita masih lg pnjg..nk study lg, byk lg nk difikirkan..awak xyah pikir2 lg pasal benda ni..jauh lg perjlnn kita..nnt kat universiti awak akan jumpa lg ramai org..rmi lg yg boleh awak pilih.."

"tapi saya cuma suka kat awak..saya janji akan setia kat awak.." harith hanya mampu berharap..Tuhan yg menentukan segalanya..

anna bukan sahaja cantik..tp dia juga solehah..hanya beberapa org shj di sekolahnya yg menutup aurat..dan anna antaranya..perkara ini yg menarik minat ketua gengster..harith merasakan hal ini akan dpt mengubah kejahilannya..dia juga mahu berhijrah..

"awak..saya minx maaf byk2..saya xboleh terima awak..maafkan saya.."

"awak dah ada org lain ke??"

"saya tak ada sesiapa pun..tapi saya ada minat seeorg.." anna cuba menjelaskan kpd wan..

"sape??mesti orgnya hebat kan.." mata harith berkaca-kaca setelah mndpt tahu anna meminati seseorg..

"minx maaf ye..saya tak boleh bgtaw awak..tapi ciri2 yg saya minat, dia seorang yg soleh, berkepimpinan n kacak..saya minx maaf byk2, saya kena balik rumah..dah lmbt dah ni..sekali lagi saya minx maaf byk2, ramai lg yg awak akan jumpa di universiti nnt.." anna segera beredar dr situ bersama tiara..

harith tetap berada di situ..dia berasa hari ni hari yg paling sedih bgnya..dia berjalan keluar drpd shah alam mall dan duduk di bangku yg ada di situ..dia mengeluarkan sesuatu drpd begnya..coklat boost yg dibelinya beberapa hari yg lepas..dia membelinya utk dihadiahkan kpd anna..namun semuanya tidak berjalan seperti yg dirancang..dia menangis teresak-esak di situ..mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku..

sebagai intiha..
- laki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya
- berusaha utk menjd baik supaya org boleh menerima diri kita
- jgn mudah putus asa dlm mencari cinta suci
- walau apa pun yg terjd, igt Allah sentiasa bersama hambanya

mungkin ada pndpt yg mengatakan baru bdk sekolah dah nk bercinta..tapi pndpt saya berbeza..tidak semestinya pljr sekolah xleh nk bercinta..selagi mana cinta itu dibina atas keimanan, tidak melanggar syarak..mk ianya tidak salah..wallahua'alam




2.12.12

hensem x aku ni??


sesungguhnya Allah tidak melihat fizikal dan rupamu, tetapi Allah melihat amal-amal dan hati kamu..
hadis riwayat muslim

smmgnya manusia xdpt lihat apa yg tersemat di hati msg2..manusia ni kdg2 lebih menyukai apa yg abstrak..apa yg dia tgk tu lah yg dia nilai..manusia suka menilai org dr segi luarannya..kalo nmpk org tu cantik, maka dia kata cantik la perempuan tu..kalo tgk laki yg hensem, maka hensem lah laki tu..sbb tu lah manusia tu lg suka jaga penampilannya berbanding jaga dalaman diri msg2..

padahal hakikatnya xpenting pun semua tu..apa yg lebih penting tu hati dan amalan kita..kita bukannya mengharapakan pujian manusia tapi apa yg perlu kita harapkan, pujian drpd Allah..tapi kalo da dapat pujian manusia sekali, tu bonus lah tu..
jd..cuba perbaiki diri msg2 dr segi dlmn mahupun luaran agar kita dpt dunia n akhirat..moga2 kita menjd hamba yg dredai n dikasihi oleh Allah..wallahualam


28.11.12

kematian mengajar kita..

kadang2 bila kita fikir balik..mati tu dekat je dgn kita..
kata org, mati tu bila2 je boleh jd..
masa kita maen bola, masa tengah sujud, masa tengah tido..masa kita dating pun boleh jd malaikat izrael nk cabut nyawa kita..
kematian seseorg tu telah ditulis di luh mahfuz..xleh ditunda walaupun sekejap


firman Allah, " dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorg apabila waktu kematiannya tlh dtg. dan Allah maha teliti terhdp apa yg kamu kerjakan " surah al-munafiqun, ayat 11..

bila mana kematian tu dtg, xkisah la sama ada kwn kita yg meninggal, awek kita ke yg meninggal, saudara kita ke yg meninggal apatah lg ibu bapa kita yg meninggal..kematian tu akn membuatkan kita sedar..hatta ketua gengster pun bila dia dpt tahu mak dia meninggal, dia akan bersedih..

cerpen..

"husna! ayah xmampu nk beli motosikal. kalau nk guna motosikal pergi skola, guna lah motosikal ayah ni. ayah kayuh basikal pun xapa."

"malulah. xkan husna nk naik motosikal buruk ni pegi skolah. apa kata kwn2 nnt. kalau ayah xnk beli jugak, husna lari dr rumah ni!"

si ayah masih xbeli motosikal utk anak perempuannya. bukannya xsyg, tp si ayah sememangnya xmampu nk beli..maklumlah kerja si ayah cuma kutip buah kelapa..pokok kelapa tu pun org lain punya..

satu hari, husna melarikan diri dr rumah..dia tidur bergilir2 di rumah kwnnya. tindakannya yg xserupa bikin membuatkan si ibu dan si ayah amt susah hati..si ibu dan si ayah terus mencari anknya di merata-rata tmpt..

pd hari yg ke-4 husna melarikan diri, husna tidur di rumah kwnnya yg paling jauh skali dr rumahnya..si ayah mndpt tahu dr seorg kwnnya..ptg tu jugak di tengah hujan lbt, dgn menaiki motosikal buruk, bapanya menyusul ke seksyen 9, shah alam..

di prtghn jln, 1km sebelum masuk ke bndr shah alam, sebuah kereta volkswagen hijau yg dipandu laju tiba2 melanggar motosikal si ayah dr arah dpn..si ayah terpelanting sejauh 15m dan meninggal di situ juga..

ketika diberitahu ayhnya meninggal, mula2 husna xpercaya..tetapi bila dia sendiri melihat mayat ayhnya diusung, dia menjerit n menangis semahu-mahunya.. dia berasa dirinya anak yg paling derhaka.. husna berasa dia lah yg melanggar ayhnya sehingga terpelanting sejauh 15m dan terus menemui ajal..dia berasa sgt menyesal, namun penyesalannya xdpt mengembalikan nyawa ayah kesayangannya..

satu perkara yg paling membuatkan husna menyesal apabila dia mendpt tahu pd siang hari sebelumnya, ayhnya telah meminjam wang di bank..wang tu semata2 sbgi wang pendahuluan utk beli motosikal baru..ayahnya pergi ke shah alam pun dgn tujuan utk mengajaknya ke kedai motosikal..

sungguh..dia amat menyesal..baru dia sedar betapa bapanya begitu menyayanginya..namun kesedaran tu timbul bila mana ayahnya sudah meninggal dunia..sejak itula, dia mula berubah menjd seorang anak yg solehah..

(diadaptasi drpd novel ketika cinta bertasbih 2)

jd, sentiasa lah mengingati mati kerana mati tu akan memuhasabahkan diri kita betapa kerdilnya diri kita ni di hdpn Allah..
jgn juga kita lupa saudara kita di ghaza, sentiasa lah doakan kesejahteraan
mrk..


22.12.11

pentingnya IMAN...

IMAN bukan sekadar kita mengetahui dan percaya kewujudan Allah. IMAN bukan hanya apa yang dilafaz. bukan sekadar mengetahui rukun iman ada enam.

-beriman kpd ALlah
-beriman kpd Malaikat
-beriman kpd Kitab
-beriman kpd Rasul
-beriman kpd Hari Akhirat
-beriman kod Qada' dan Qadar

IMAN satu perkara yang penting yang perlu ada dalam setiap manusia. perihal iman ini membezakan antara orang mukmin dan orang musyrikin. Nabi bersabda "IMAN itu bukan dgn kata-kata, bukan juga dgn cita-cita tetapi IMAN itu adalah apa yg tersemat di hati dan dibuktikan dgn amal."

kenapa iman itu penting sangat-sangat dlm kehidupan seorang manusia? jika dia beriman sudah semestinya dia akan menganuti agama Islam satu-satunya agama yg diredai oleh Allah.
iman sangat diperlukan oleh setiap insan kerana iman itu mencorak kehidupan kita.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata iman yang benar merupakan iman yang menyinari seluruh sudut jiwa kehidupan.

segala perlakuan, perckpn, perbuatan mesti didasarkan atas keimanan kpd Allah.
nak buat sesuatu kena ada iman, nak belajar kena iman, nak bersahabat kena iman, nak lakukan apa-apa sahaja perlu ada iman. kerana jika tiadanya iman apabila seseorang itu melakukan sesuatu pasti tujuannya akan tersasar dr mendpt keredaan Allah. bila ada keimanan dlm diri pasti hidup kita akan puas, akan tenang kerana matlamatnya adalah mendpt keredaan Allah.

cuba kita bayangkan bila seseorang itu berkahwin tanpa keimanan yg kukuh kpd Allah. pasti apabila berlaku sahaja pertelingkahan akan menyebabkan penceraian. keluarga tak bahagia, baru sahaja membina masjid dah diruntuhkan balik. dlm rumahtangga perlukan kesabaran, dan kesabaran itu sebahagian drpd iman. tengok, semuanya didasarkan atas keimanan barulah lengkap kehidupan kita.

dengan iman, segalanya pasti akan berjln dgn lancar walaupun kita ditimpa ujian yg berat. dengan keimanan itu, kita tidak akan mudah goyah, tidak mudah putus asa, kita akan sentiasa reda dgn apa yg berlaku. dgn iman, hati kita akan jd tenang, jiwa tenteram, fikiran sentiasa positif. semuanya baik apabila iman tersemat di hati kita.

ingatlah, IMAN itu amat penting dlm mencorak kehidupan baik. dengan IMAN, insya-Allah kita akan ke syurga yg kekal abadi.

16.12.11

Dia GAYYY, lari 3!!

setelah seminggu berlalu pertemuan antara halim dan aiman yang ditemani naqib. aiman masih tidak dapat melupakan perkara yang berlaku antara dia dan halim.

"man, sarapan dah siap. hari ni aku masak jemput-jemput favourite kau. ada sambal tumis sekali. zakwan dengan shaidi, jom makan sekali." naqib yang akan berkahwin tidak lama lagi sentiasa melatih diri dengan kerja rumah yang akan dialaminya tidak lama lagi. dia mahu jadi seorang suami yang bertanggungjawab agar dapat memimpin keluargannya ke jalan yang diredai oleh Allah. pilihan hatinya juga dikenali ramai sebagai seorang solehah dalam kalangan pelajar melayu. nurul ain, seorang pelajar melayu tahun 1 dalam bidang aktuari sains.

aiman yang sedang ligat memikirkan keadaan halim segera menuju ke ruang tamu mendapatkan sahabat-sahabatnya yang sedang menanti untuk sarapan bersama.

"man, kau rasa halim tu jadi macam tu sebab apa? aku rasa kesian juga dekat dia ni. tiada siapa yang nak kawan dengan dia. harap kau je man dengan qib yang nak kawan dengan dia." zakwan pelajar tahun 2 aktuari sains juga merupakan setiausaha ppmuk. walaupun tulisannya agak buruk, tetapi dia diberi kepercayaan oleh ahli-ahli ppmuk untuk menjadi seorang setiausaha kerana kecekapannya dalam menyalin isi-isi penting sama ada dalam perjumpaan mahupun dalam kelas.

"entah lah wan, aku masih cuba nak rapat dengan dia. harap-harap Allah permudahkanlah urusan aku ni."

"insya-Allah man, Allah tolong. siapa lagi yang dapat tolong melainkan Dia yang Maha Esa. Allah ada berfirman," hanya kepada-Mu aku sembah dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan ." surah al-fatihah:5

------------------------------------------------------------------------------------------------

"aiman, kenapa you nak jumpa i ni?" halim wajah persis seorang homoseksual amat suka apabila ada lelaki yang menegurnya.

"tak ada apa-apa pun. aku cuma nak tanya khabar kau je. kau sihat?"

"you ni, i sentiasa sihat lah. you risaukan i ke? james, i'll see you later. come to my house this night. ok? i'll wait for you." james yang bersama halim sebentar tadi pergi meninggalkan halim sambil memberikan flying kiss kepada halim.

aiman dan naqib yang menyedari perbuatan james hanya mampu beristighfar.

"halim, boleh tak aku dengan naqib nak pergi rumah kau?"

"surely can aiman." halim dengan sukanya mengajak aiman dan naqib pergi ke rumahnya. rumahnya tidak jauh dari sini, cuma lebih kurang 200 meter sahaja. wajah persis seorang gay menkhuatiri aiman dan naqib.

"dah sampai pun. jom la masuk rumah i ni. nak tidur sini pun boleh. haha"

"istighfar banyak-banyak man, aku tak sangka yang halim seteruk ni. sabar man. sabar itu sebahagian daripada iman." naqib mengingatkan aiman sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke rumah halim. mereka agak terkejut dengan rumah yang diduduki oleh halim.

------------------------------------------------------------------------------------------------

"man, apa yang kau menungkan tu. jauh fikiran melayang nampak."

"tak ada apa-apa la qib. aku cuma teringatkan masa kita pergi rumah si halim tu."

"huh, aku baru je dapat lupakan, kau dah mengingatkan aku balik."

"aku minta maaf qib. aku bukannya apa, bila fikir masalah halim aku teringat apa yang aku lihat dekat rumah dia. aku tak dapat bayangkan yang dia dah tersasar jauh sangat. aku rasa macam sukar pulak nak bantu dia."

"man, jangan putus asa. Allah sentiasa ada menemani orang yang menjalankan kerja dakwah." nabi ada bersabda, " siapa pun yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka pasti dia akan diuji."

"terima kasih qib. aku akan cuba pertingkatkan diri. aku akan berusaha menhilangkan kegelapan yang menghantui diri halim."

"kita hanya berusaha man. natijahnya Allah lah yang Maha membolak-balikkan hati manusia. di samping kita berusaha, jangan kita lupa untuk berdoa kepada-Nya."

rumah halim dipenuhi dengan gambar lelaki yang pernah menjadi temannya. tiada satu pun daripada kalangan melayu. semua temannya adalah orang uk. halim mengatakan temannya dikenali di kelab yang selalu dia pergi pada waktu malam ahad. halim sering pergi ke sana pada hujung minggu kerana dia tetap mementingkan peljaran. dia khuatiri yang dia akan ketinggalan jika dia selalu keluar malam semasa hari-hari biasa.

halim tinggal berseorangan di dalam rumahnya. dahulu semasa dia tahun 1, dia ada 3 orang yang serumah dengannya. tetapi semuanya pindah rumah kerana tidak tahan dengan perangai halim yang sering membawa teman lelakinya pulang ke rumah pada hujung minggu. teman serumahnya juga pernah menjadi mangsa halim semasa mereka tidur. bekas teman serumahnya, raidi merupakan kawan sekolahnya dahulu ketika di tingkatan 4 di MRSM Labuan.

bersambung..

15.12.11

Dia GAYYY, lari 2!!

"ok semua,semua kerja da settle?? kita punya program lagi 2 minggu nak start." mesyuarat yang diadakan oleh aiman selaku presiden ppmuk sudah lama bermula, sekarang mereka sedang membincangkan agenda utama mereka.

"semua dah settle man, cuma seorang je yang tak tahu lagi sama ada dia nak pergi ke tak." kamal yang bertugas sebagai biro pengurusan dalam persatuan mereka. seorang yang cekap dan bijaksana dalam melakukan sebarang perancangan. dia banyak memberi idea dalam menjayakan program yang akan berlangsung dalam 2 minggu lagi.

"huh, siapa?? halim ke??" kamil kembar seiras kamal, juga merangkap sebagai biro dakwah dalam organisasi mereka. ilmunya dalam bidang agama sangat mendalam walaupun perwatakannnya tidak sepert alim ulama'.

semua ahli ppmuk terdiam. agak-agaknya halim ke punca mereka semua terdiam? semua seperti dapat mengetahui apa yang akan dilakukan aiman. mereka bukannya tak suka apa yang dilakukan oleh presiden mereka. cuma mereka tak suka orang yang suka memfitnah aiman. ahli-ahli ppmuk faham apa yang cuba dilakukan oleh aiman kerana semua ahli-ahlinya menjalani usrah bersama-sama. mereka cuma risau dengan pandangan orang di luar sana, apatah lagi kini mereka berada di negara barat yang banyak berlaku kemungkaran kepada Allah.

"tak apa kalau macam tu, kau teruskan je kamal kerja kau. nanti aku akan cuba pujuk helmi ikut sekali." aiman sentiasa bersikap tenang. sebagai presiden ppmuk, dia tak mahu tanggungjawabnya diabaikan.

sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya dan dipukullah amanat itu oleh manusia.sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh al-ahzab:82

ayat al-quran yang sering diingatinya apabila diberikan amanah kepadanya. dia amat takut apabila ditanya di akhirat kelak tentang amanah yang diberikan. setiap amanah yang diberikan akan sentiasa dilakukan sebaik mungkin. itulah prinsip yang dipegang oleh aiman.

"ok, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr." aiman mengetuai bacaan itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"huh, alhamdulillah, qib. meeting tadi berjalan dengan lancar."

"man, aku minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat datang tadi. aku jumpa pensyarah tadi. aku nak fahamkan apa yang hari tu dia ajar."

"haha, tu la kau. aku dah kata jangan tidur dalam kelas. tengok, dah tak faham."

"aku bukan apa man. aku.." aiman telah mematikan perbicaraan qib.

"aku apa? aku tidur lambat? huh, kalau solat malam lama-lama sampai terabai benda lain pun salah juga. kita kena tawazun. dunia dan akhirat. kedua-duanya penting. barulah boleh jadi mukmin yang berjaya."

"silap aku la man, lepas ni aku ikut kau je la man. bangun pagi, kita qiamullail sama-sama?" naqib bercakap dengan nada yang manja. kalau mereka yang tiada tarbiah dalam islam pasti akan cakap yang mereka berdua ni pasangan kekasih. sebaliknya, mereka yang mempunyai tarbiah menganggap inilah dia ukhuwah yang sebenar. nabi telah bersabda, " dua orang yang berkasih sayang, bertemua da berpisah kerana Allah, akan dnaungi oleh Allah di akhirat kelak."

"buat comel pulak. insya-Allah kita qiamullail sama-sama."

"eh man, tu halim la. dia jalan dengan siapa pulak tu? man, eh dah hilang."

aiman yang lebih cepat menangkap kelibat halim, terus bergerak mendapatkannya. naqib pun ikut sekali mendapatkan aiman dan halim. nampak seperti mereka berdua ada urusan yang penting dengan halim.

"halim, tunggu sekejap." aiman menjerit dalam bisingan orang ramai.

"aiman panggil aku ke?" halim memikirkan dalam hatinya yang terdengar seseorang memanggilnya. segera dia menoleh ke belakang.

"aiman, kenapa you nak jumpa i ni?" halim wajah persis seorang homoseksual amat suka apabila ada lelaki yang menegurnya.

bersambung...

14.12.11

Dia GAYYY, lari!!

suasana pagi yang indah di negara asing menyebabkan aku memilih tempat ni utk menyambung pelajaran. walaupun banyak kemungkaran kepada Allah, namun aku tetap selesa belajar di sini.

"aiman, kau da siap ke belum? aku dah nak pergi ni." naqib seorang lelaki yang sentiasa kelihatan segak sedang mengemaskan rambutnya.

"qib, kau gerak dulu la. aku tak siap lagi ni. lagipun aku nak singgah kedai sekejap sebelum pergi kelas." aiman menggelarkan naqib sebagai qib menunjukkan betapa eratnya ukhuwah yang terjalin antara mereka.

"yela, cepat sikit nanti pensyarah dah masuk. takut kau ketinggalan pulak."

university of southampton merupakan sebuah universiti yang terletak di United Kingdom. pelbagai pelajar dari negara yang berbeza boleh dilihat di sini. naqib dan aiman merupakan pelajar dari Malaysia yang mendapat tajaan daripada biasiswa Mara. mereka mengambil jurusan aktuari sains. mereka bersependapat Malaysia masih lagi kekurangan aktuari yang berkaliber seperti di negara-negara Barat. khususnya aktuari sains memerlukan kemahiran matematik yang tinggi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cuti musim sejuk sudah hampir tiba. bagi pelajar-pelajar Malaysia yang rindu akan keluarga mereka akan pulang ke rumah. tetapi bagi mereka yang ingin mengikuti program yang dibuat oleh mereka sendiri akan tinggal di negara Barat itu. aiman dan naqib tak terkuecuali untuk mengikuti program jaulah pms. pms merupakan singkatan bagi perhimpunan musim sejuk.

"wei man, asal tahun ni kau tak nak buat dekat Ireland.?" aiman merupakan ketua ppmuk di UK bagi tahun 2. segala program yang dianjurkan adalah ideanya dan juga persatuannya. ppmuk merupakan singkatan bagi persatuan pelajar melayu United Kingdom. kebiasaannya jaulah pms akan dianjurkan di luar uk. contohnya, pada tahun lepas pelajar melayu di UK pergi ke Ireland untuk mengadakan program bersama pelajar melayu di Ireland. semuanya dirancang oleh aiman untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara mereka.

"aku bukan tak nak buat kat sana tapi aku kesian kat seorang ni."

"siapa? takkan kau kesian kat halim tu? biarlah dia. siapa suruh buat kerja kotor tu.asal kau nak dekat dengan dia, kau kan tau dia tu gay. kau tak takut ke yang dia minat kat kau nanti. yela kan, kau tu kan handsome."

"huh, susahla cakap dengan kau ni qib. aku bukannya apa, aku tak nak dia terpesong jauh lagi."

"man, aku bukan apa la. tapi semua orang dekat sini kata kau ni gay. asyik nak rapat dengan dia je. aku kesian kat kau, kau kan sahabat aku dunia akhirat."

"mereka semua tu silap qib. orang macam Halim tu bukannya perlu dipinggir tapi perlu rapat. kalau tak, sampai bila-bila pun Halim tu tak akan berubah." aiman menegaskan prinsipnya dalam persaudaraan sesama Islam.

setiap orang yang melakukan kesalahan perlu dibimbing bukannya dipinggir. fikiran orang zaman sekarang sangat berlainan dengan zaman Rasulullah s.a.w.,zaman para nabi dan zaman para sahabat. jika kita lihat, Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah orang yang menghinanya tapi baginda tetap bersabar. nabi nuh yang telah berdakwah selama 950 tahun pun tidak pernah putus asa.

"allah berfirman, sesungguhnya baginda berdakwah kepada kaumnya siang dan malam"surah nuh ayat 5.

"qib, orang yang berdosa tetap boleh bertaubat. tak kisahlah dia orangnya gay ke, pembunuh ke, pencuri ke. semuanya masih boleh bertaubat dan Allah tetap akan menerima taubat hambanya. nabi telah bersabda," barangsiapa yang bertaubat sebelum matahati terbit dari barat, nescaya Allah masih berkenan menerima taubatnya." aku takkan putus asa qib asalkan Halim tu berubah."


coretan memori:cerpen yang saya hasilkan ini adalah idea yang saya dapat melalui pembacaan saya dalam novel-novel yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
cerpen ini saya tulis kerana ramai pelajar di sekolah yang pernah saya belajar suka menghina seorang pelajar yang berkelakuan tidak baik, malah orang yang cuba mendekatinya juga sering diejek. saya berasa sungguh sedih dan harap cerpen ini dapat menyedarkan semua orang yang beranggapan bahawa orang yang jahat perlu didekati untuk dibimbing bukannya diejek, dihina ataupun dipinggir.


insya-Allah, cerpen ini bukan setakat ini. insya-Allah akan ada sambungannya.