Pages

16.12.11

Dia GAYYY, lari 3!!

setelah seminggu berlalu pertemuan antara halim dan aiman yang ditemani naqib. aiman masih tidak dapat melupakan perkara yang berlaku antara dia dan halim.

"man, sarapan dah siap. hari ni aku masak jemput-jemput favourite kau. ada sambal tumis sekali. zakwan dengan shaidi, jom makan sekali." naqib yang akan berkahwin tidak lama lagi sentiasa melatih diri dengan kerja rumah yang akan dialaminya tidak lama lagi. dia mahu jadi seorang suami yang bertanggungjawab agar dapat memimpin keluargannya ke jalan yang diredai oleh Allah. pilihan hatinya juga dikenali ramai sebagai seorang solehah dalam kalangan pelajar melayu. nurul ain, seorang pelajar melayu tahun 1 dalam bidang aktuari sains.

aiman yang sedang ligat memikirkan keadaan halim segera menuju ke ruang tamu mendapatkan sahabat-sahabatnya yang sedang menanti untuk sarapan bersama.

"man, kau rasa halim tu jadi macam tu sebab apa? aku rasa kesian juga dekat dia ni. tiada siapa yang nak kawan dengan dia. harap kau je man dengan qib yang nak kawan dengan dia." zakwan pelajar tahun 2 aktuari sains juga merupakan setiausaha ppmuk. walaupun tulisannya agak buruk, tetapi dia diberi kepercayaan oleh ahli-ahli ppmuk untuk menjadi seorang setiausaha kerana kecekapannya dalam menyalin isi-isi penting sama ada dalam perjumpaan mahupun dalam kelas.

"entah lah wan, aku masih cuba nak rapat dengan dia. harap-harap Allah permudahkanlah urusan aku ni."

"insya-Allah man, Allah tolong. siapa lagi yang dapat tolong melainkan Dia yang Maha Esa. Allah ada berfirman," hanya kepada-Mu aku sembah dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan ." surah al-fatihah:5

------------------------------------------------------------------------------------------------

"aiman, kenapa you nak jumpa i ni?" halim wajah persis seorang homoseksual amat suka apabila ada lelaki yang menegurnya.

"tak ada apa-apa pun. aku cuma nak tanya khabar kau je. kau sihat?"

"you ni, i sentiasa sihat lah. you risaukan i ke? james, i'll see you later. come to my house this night. ok? i'll wait for you." james yang bersama halim sebentar tadi pergi meninggalkan halim sambil memberikan flying kiss kepada halim.

aiman dan naqib yang menyedari perbuatan james hanya mampu beristighfar.

"halim, boleh tak aku dengan naqib nak pergi rumah kau?"

"surely can aiman." halim dengan sukanya mengajak aiman dan naqib pergi ke rumahnya. rumahnya tidak jauh dari sini, cuma lebih kurang 200 meter sahaja. wajah persis seorang gay menkhuatiri aiman dan naqib.

"dah sampai pun. jom la masuk rumah i ni. nak tidur sini pun boleh. haha"

"istighfar banyak-banyak man, aku tak sangka yang halim seteruk ni. sabar man. sabar itu sebahagian daripada iman." naqib mengingatkan aiman sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke rumah halim. mereka agak terkejut dengan rumah yang diduduki oleh halim.

------------------------------------------------------------------------------------------------

"man, apa yang kau menungkan tu. jauh fikiran melayang nampak."

"tak ada apa-apa la qib. aku cuma teringatkan masa kita pergi rumah si halim tu."

"huh, aku baru je dapat lupakan, kau dah mengingatkan aku balik."

"aku minta maaf qib. aku bukannya apa, bila fikir masalah halim aku teringat apa yang aku lihat dekat rumah dia. aku tak dapat bayangkan yang dia dah tersasar jauh sangat. aku rasa macam sukar pulak nak bantu dia."

"man, jangan putus asa. Allah sentiasa ada menemani orang yang menjalankan kerja dakwah." nabi ada bersabda, " siapa pun yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka pasti dia akan diuji."

"terima kasih qib. aku akan cuba pertingkatkan diri. aku akan berusaha menhilangkan kegelapan yang menghantui diri halim."

"kita hanya berusaha man. natijahnya Allah lah yang Maha membolak-balikkan hati manusia. di samping kita berusaha, jangan kita lupa untuk berdoa kepada-Nya."

rumah halim dipenuhi dengan gambar lelaki yang pernah menjadi temannya. tiada satu pun daripada kalangan melayu. semua temannya adalah orang uk. halim mengatakan temannya dikenali di kelab yang selalu dia pergi pada waktu malam ahad. halim sering pergi ke sana pada hujung minggu kerana dia tetap mementingkan peljaran. dia khuatiri yang dia akan ketinggalan jika dia selalu keluar malam semasa hari-hari biasa.

halim tinggal berseorangan di dalam rumahnya. dahulu semasa dia tahun 1, dia ada 3 orang yang serumah dengannya. tetapi semuanya pindah rumah kerana tidak tahan dengan perangai halim yang sering membawa teman lelakinya pulang ke rumah pada hujung minggu. teman serumahnya juga pernah menjadi mangsa halim semasa mereka tidur. bekas teman serumahnya, raidi merupakan kawan sekolahnya dahulu ketika di tingkatan 4 di MRSM Labuan.

bersambung..

2 comments: