suasana pagi yang indah di negara asing menyebabkan aku memilih tempat ni utk menyambung pelajaran. walaupun banyak kemungkaran kepada Allah, namun aku tetap selesa belajar di sini.
"aiman, kau da siap ke belum? aku dah nak pergi ni." naqib seorang lelaki yang sentiasa kelihatan segak sedang mengemaskan rambutnya.
"qib, kau gerak dulu la. aku tak siap lagi ni. lagipun aku nak singgah kedai sekejap sebelum pergi kelas." aiman menggelarkan naqib sebagai qib menunjukkan betapa eratnya ukhuwah yang terjalin antara mereka.
"yela, cepat sikit nanti pensyarah dah masuk. takut kau ketinggalan pulak."
university of southampton merupakan sebuah universiti yang terletak di United Kingdom. pelbagai pelajar dari negara yang berbeza boleh dilihat di sini. naqib dan aiman merupakan pelajar dari Malaysia yang mendapat tajaan daripada biasiswa Mara. mereka mengambil jurusan aktuari sains. mereka bersependapat Malaysia masih lagi kekurangan aktuari yang berkaliber seperti di negara-negara Barat. khususnya aktuari sains memerlukan kemahiran matematik yang tinggi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cuti musim sejuk sudah hampir tiba. bagi pelajar-pelajar Malaysia yang rindu akan keluarga mereka akan pulang ke rumah. tetapi bagi mereka yang ingin mengikuti program yang dibuat oleh mereka sendiri akan tinggal di negara Barat itu. aiman dan naqib tak terkuecuali untuk mengikuti program jaulah pms. pms merupakan singkatan bagi perhimpunan musim sejuk.
"wei man, asal tahun ni kau tak nak buat dekat Ireland.?" aiman merupakan ketua ppmuk di UK bagi tahun 2. segala program yang dianjurkan adalah ideanya dan juga persatuannya. ppmuk merupakan singkatan bagi persatuan pelajar melayu United Kingdom. kebiasaannya jaulah pms akan dianjurkan di luar uk. contohnya, pada tahun lepas pelajar melayu di UK pergi ke Ireland untuk mengadakan program bersama pelajar melayu di Ireland. semuanya dirancang oleh aiman untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara mereka.
"aku bukan tak nak buat kat sana tapi aku kesian kat seorang ni."
"siapa? takkan kau kesian kat halim tu? biarlah dia. siapa suruh buat kerja kotor tu.asal kau nak dekat dengan dia, kau kan tau dia tu gay. kau tak takut ke yang dia minat kat kau nanti. yela kan, kau tu kan handsome."
"huh, susahla cakap dengan kau ni qib. aku bukannya apa, aku tak nak dia terpesong jauh lagi."
"man, aku bukan apa la. tapi semua orang dekat sini kata kau ni gay. asyik nak rapat dengan dia je. aku kesian kat kau, kau kan sahabat aku dunia akhirat."
"mereka semua tu silap qib. orang macam Halim tu bukannya perlu dipinggir tapi perlu rapat. kalau tak, sampai bila-bila pun Halim tu tak akan berubah." aiman menegaskan prinsipnya dalam persaudaraan sesama Islam.
setiap orang yang melakukan kesalahan perlu dibimbing bukannya dipinggir. fikiran orang zaman sekarang sangat berlainan dengan zaman Rasulullah s.a.w.,zaman para nabi dan zaman para sahabat. jika kita lihat, Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah orang yang menghinanya tapi baginda tetap bersabar. nabi nuh yang telah berdakwah selama 950 tahun pun tidak pernah putus asa.
"allah berfirman, sesungguhnya baginda berdakwah kepada kaumnya siang dan malam"surah nuh ayat 5.
"qib, orang yang berdosa tetap boleh bertaubat. tak kisahlah dia orangnya gay ke, pembunuh ke, pencuri ke. semuanya masih boleh bertaubat dan Allah tetap akan menerima taubat hambanya. nabi telah bersabda," barangsiapa yang bertaubat sebelum matahati terbit dari barat, nescaya Allah masih berkenan menerima taubatnya." aku takkan putus asa qib asalkan Halim tu berubah."
coretan memori:cerpen yang saya hasilkan ini adalah idea yang saya dapat melalui pembacaan saya dalam novel-novel yang ditulis oleh Hilal Asyraf.
cerpen ini saya tulis kerana ramai pelajar di sekolah yang pernah saya belajar suka menghina seorang pelajar yang berkelakuan tidak baik, malah orang yang cuba mendekatinya juga sering diejek. saya berasa sungguh sedih dan harap cerpen ini dapat menyedarkan semua orang yang beranggapan bahawa orang yang jahat perlu didekati untuk dibimbing bukannya diejek, dihina ataupun dipinggir.
insya-Allah, cerpen ini bukan setakat ini. insya-Allah akan ada sambungannya.
No comments:
Post a Comment