"ok semua,semua kerja da settle?? kita punya program lagi 2 minggu nak start." mesyuarat yang diadakan oleh aiman selaku presiden ppmuk sudah lama bermula, sekarang mereka sedang membincangkan agenda utama mereka.
"semua dah settle man, cuma seorang je yang tak tahu lagi sama ada dia nak pergi ke tak." kamal yang bertugas sebagai biro pengurusan dalam persatuan mereka. seorang yang cekap dan bijaksana dalam melakukan sebarang perancangan. dia banyak memberi idea dalam menjayakan program yang akan berlangsung dalam 2 minggu lagi.
"huh, siapa?? halim ke??" kamil kembar seiras kamal, juga merangkap sebagai biro dakwah dalam organisasi mereka. ilmunya dalam bidang agama sangat mendalam walaupun perwatakannnya tidak sepert alim ulama'.
semua ahli ppmuk terdiam. agak-agaknya halim ke punca mereka semua terdiam? semua seperti dapat mengetahui apa yang akan dilakukan aiman. mereka bukannya tak suka apa yang dilakukan oleh presiden mereka. cuma mereka tak suka orang yang suka memfitnah aiman. ahli-ahli ppmuk faham apa yang cuba dilakukan oleh aiman kerana semua ahli-ahlinya menjalani usrah bersama-sama. mereka cuma risau dengan pandangan orang di luar sana, apatah lagi kini mereka berada di negara barat yang banyak berlaku kemungkaran kepada Allah.
"tak apa kalau macam tu, kau teruskan je kamal kerja kau. nanti aku akan cuba pujuk helmi ikut sekali." aiman sentiasa bersikap tenang. sebagai presiden ppmuk, dia tak mahu tanggungjawabnya diabaikan.
sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya dan dipukullah amanat itu oleh manusia.sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh al-ahzab:82
ayat al-quran yang sering diingatinya apabila diberikan amanah kepadanya. dia amat takut apabila ditanya di akhirat kelak tentang amanah yang diberikan. setiap amanah yang diberikan akan sentiasa dilakukan sebaik mungkin. itulah prinsip yang dipegang oleh aiman.
"ok, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr." aiman mengetuai bacaan itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"huh, alhamdulillah, qib. meeting tadi berjalan dengan lancar."
"man, aku minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat datang tadi. aku jumpa pensyarah tadi. aku nak fahamkan apa yang hari tu dia ajar."
"haha, tu la kau. aku dah kata jangan tidur dalam kelas. tengok, dah tak faham."
"aku bukan apa man. aku.." aiman telah mematikan perbicaraan qib.
"aku apa? aku tidur lambat? huh, kalau solat malam lama-lama sampai terabai benda lain pun salah juga. kita kena tawazun. dunia dan akhirat. kedua-duanya penting. barulah boleh jadi mukmin yang berjaya."
"silap aku la man, lepas ni aku ikut kau je la man. bangun pagi, kita qiamullail sama-sama?" naqib bercakap dengan nada yang manja. kalau mereka yang tiada tarbiah dalam islam pasti akan cakap yang mereka berdua ni pasangan kekasih. sebaliknya, mereka yang mempunyai tarbiah menganggap inilah dia ukhuwah yang sebenar. nabi telah bersabda, " dua orang yang berkasih sayang, bertemua da berpisah kerana Allah, akan dnaungi oleh Allah di akhirat kelak."
"buat comel pulak. insya-Allah kita qiamullail sama-sama."
"eh man, tu halim la. dia jalan dengan siapa pulak tu? man, eh dah hilang."
aiman yang lebih cepat menangkap kelibat halim, terus bergerak mendapatkannya. naqib pun ikut sekali mendapatkan aiman dan halim. nampak seperti mereka berdua ada urusan yang penting dengan halim.
"halim, tunggu sekejap." aiman menjerit dalam bisingan orang ramai.
"aiman panggil aku ke?" halim memikirkan dalam hatinya yang terdengar seseorang memanggilnya. segera dia menoleh ke belakang.
"aiman, kenapa you nak jumpa i ni?" halim wajah persis seorang homoseksual amat suka apabila ada lelaki yang menegurnya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment