IMAN bukan sekadar kita mengetahui dan percaya kewujudan Allah. IMAN bukan hanya apa yang dilafaz. bukan sekadar mengetahui rukun iman ada enam.
-beriman kpd ALlah
-beriman kpd Malaikat
-beriman kpd Kitab
-beriman kpd Rasul
-beriman kpd Hari Akhirat
-beriman kod Qada' dan Qadar
IMAN satu perkara yang penting yang perlu ada dalam setiap manusia. perihal iman ini membezakan antara orang mukmin dan orang musyrikin. Nabi bersabda "IMAN itu bukan dgn kata-kata, bukan juga dgn cita-cita tetapi IMAN itu adalah apa yg tersemat di hati dan dibuktikan dgn amal."
kenapa iman itu penting sangat-sangat dlm kehidupan seorang manusia? jika dia beriman sudah semestinya dia akan menganuti agama Islam satu-satunya agama yg diredai oleh Allah.
iman sangat diperlukan oleh setiap insan kerana iman itu mencorak kehidupan kita.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata iman yang benar merupakan iman yang menyinari seluruh sudut jiwa kehidupan.
segala perlakuan, perckpn, perbuatan mesti didasarkan atas keimanan kpd Allah.
nak buat sesuatu kena ada iman, nak belajar kena iman, nak bersahabat kena iman, nak lakukan apa-apa sahaja perlu ada iman. kerana jika tiadanya iman apabila seseorang itu melakukan sesuatu pasti tujuannya akan tersasar dr mendpt keredaan Allah. bila ada keimanan dlm diri pasti hidup kita akan puas, akan tenang kerana matlamatnya adalah mendpt keredaan Allah.
cuba kita bayangkan bila seseorang itu berkahwin tanpa keimanan yg kukuh kpd Allah. pasti apabila berlaku sahaja pertelingkahan akan menyebabkan penceraian. keluarga tak bahagia, baru sahaja membina masjid dah diruntuhkan balik. dlm rumahtangga perlukan kesabaran, dan kesabaran itu sebahagian drpd iman. tengok, semuanya didasarkan atas keimanan barulah lengkap kehidupan kita.
dengan iman, segalanya pasti akan berjln dgn lancar walaupun kita ditimpa ujian yg berat. dengan keimanan itu, kita tidak akan mudah goyah, tidak mudah putus asa, kita akan sentiasa reda dgn apa yg berlaku. dgn iman, hati kita akan jd tenang, jiwa tenteram, fikiran sentiasa positif. semuanya baik apabila iman tersemat di hati kita.
ingatlah, IMAN itu amat penting dlm mencorak kehidupan baik. dengan IMAN, insya-Allah kita akan ke syurga yg kekal abadi.
bila nk update utk 2012 pnye?
ReplyDeletesaya ada cadangan,
ReplyDeleteboleh anda tukar lagu nie dengan lagu yang lain??
dan saya rasa anda patut lebih kerap mengupdate cerita anda. saya rasa ramai yag menantikan sambungan anda