Pages

30.11.11

HIJRAH satu perubahan


Ramai dalam kalangan kita merasakan perlunya perubahan apabila tibanya tahun baru. tetapi ramai yang melakukan perubahan hanya dari segi luaran. ramai yang menganggap kita perlukan perubahan dari segi pemakaian kita, dari yang murah kpd yg lebih mahal, daripada t-shirt kepada jubah. bukan itu yang dituntut oleh Islam. perubahan yang perlu dilakukan terhadap hati kita, dari segi dalaman.

sepertimana yang dikatakan Rasulullah saw,
sesungguhnya Allah tidak melihat pada fisik dan rupamu, sebaliknya Allah melihat hati dan amal-amal kamu.

hati ini perlu ditanam dengan keimanan kepada Allah. hati ini perlu dibersihkan daripada segala kejahatan. hati ini perlu diisi dengan iman. itulah yang sebenarnya terhadap penghijrahan kita. daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik. daripada yang baik kepada yang lebih baik.

apa yang kita boleh lihat daripada sirah Rasulullah. penghijrahan baginda dari kota mekah ke kota madinah bukanlah kerana takut akan masyarakat Arab. tetapi penghijrahan baginda adalah kerana perintah Allah. penghijrahannya adalah kerana keimanan kepada Allah.

begitu juga dengan kita, hijrah di tahun baru ini perlu dilakukan dengan keimanan kepada Allah. dengan melakukan perintah-Nya di samping menjauhi larangan-Nya. moga-moga apa yang disampaikan dapat diserap ke dalam hati setiap insan.


daripada: org yg bertggjwb trhdp Islam