Pages

30.11.11

HIJRAH satu perubahan


Ramai dalam kalangan kita merasakan perlunya perubahan apabila tibanya tahun baru. tetapi ramai yang melakukan perubahan hanya dari segi luaran. ramai yang menganggap kita perlukan perubahan dari segi pemakaian kita, dari yang murah kpd yg lebih mahal, daripada t-shirt kepada jubah. bukan itu yang dituntut oleh Islam. perubahan yang perlu dilakukan terhadap hati kita, dari segi dalaman.

sepertimana yang dikatakan Rasulullah saw,
sesungguhnya Allah tidak melihat pada fisik dan rupamu, sebaliknya Allah melihat hati dan amal-amal kamu.

hati ini perlu ditanam dengan keimanan kepada Allah. hati ini perlu dibersihkan daripada segala kejahatan. hati ini perlu diisi dengan iman. itulah yang sebenarnya terhadap penghijrahan kita. daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik. daripada yang baik kepada yang lebih baik.

apa yang kita boleh lihat daripada sirah Rasulullah. penghijrahan baginda dari kota mekah ke kota madinah bukanlah kerana takut akan masyarakat Arab. tetapi penghijrahan baginda adalah kerana perintah Allah. penghijrahannya adalah kerana keimanan kepada Allah.

begitu juga dengan kita, hijrah di tahun baru ini perlu dilakukan dengan keimanan kepada Allah. dengan melakukan perintah-Nya di samping menjauhi larangan-Nya. moga-moga apa yang disampaikan dapat diserap ke dalam hati setiap insan.


daripada: org yg bertggjwb trhdp Islam

11.6.11

ktm..

                sudah tiga hari berlalu, namun perkara itu masih lagi terngiang-ngiang di fikiranku..

"woi!!!kau ni bodoh la,"

"asal pulak?kau lagi bodoh..kita sama-sama bodoh..haha,"

                daripada jauh aku memerhatikan dua orang remaja lelaki sedang bergurau senda.

"wei, cepat bodoh. jap lagi train dah nak sampai nanti lambat la, sengal la kau ni"

"rileks la bro, buat apa nak cepat-cepat nanti gua rempuh je la..gua kan hebat..haha"

"yela sial, aku tau la kau ni ketua geng rempit kat shah alam ni.."
"da sampai da..cepat bodoh"

  huh..aku menghela nafas panjang dan menghembusnya.
 "sabar jela,"aku membisik di dalam hati.
 dari satu sudut ke satu sudut, aku berasa kesian kat mereka berdua.. adakah tarbiah yang diberikan tidak dapat menjadikan mereka insan yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia??

"kereta api dijangka tiba lebih kurang 2 minit lagi, harap penumpang dapat bersabar," pembesar suara di sebelah kanan aku bersuara.

"nak sabar amendenya, da 30 minit aku tunggu ni, baru nak sampai..laen kali aku suruh driver ayah aku anta naek flight la"

"haha..aku sokong, aku sokong.."

"huh, mereka masih bertutur dengan kata-kata yang kasar."aku mengharapkan agar Allah membuka hati mereka..
Alhamdulillah, sampai pun kereta api ni. aku berharap agar sempat sampai di kl sentral tepat pada masanya kerana ada janji temu dengan sahabat lama.
                                     _______________________________

"Alhamdulillah," mulutku bergerak mengucap tahmid kerana sempat sampai pada masanya. ayahku sentiasa berpesan "kalau kita ada janji temu dengan seseorang, kita mesti kena sampai dahulu daripada dia supaya dia tak tertunggu-tunggu.." bicara ayahku sentiasa lekat dalam pemikiranku.

"assalamualaikum anas, aziman"

"waalaikumussalam amir faheem"

kami bersalaman dan berlaga pipi mengikut sunnah nabi kerana telah dipraktikkan  di mrsm lama.

"Alhamdulillah, lama tak jumpa. apa khabar sekarang??

"alhamdulillah, baik,"aku bersyukur kerana anas dan aziman yang kutemui tidak berubah malah lebih baik daripada dulu.

sekian lama tidak berjumpa, dapat juga aku melepaskan rindu kepada sahabat-sahabat yang dibina berdasarkan keimanan sejak 3 tahun yang lepas. kami memang dah rancang nak bertemu di kl sentral dan pergi mid valley bersama-sama.
                                     ______________________________

"terima kasih kerana luangkan masa untuk bertemu dengan ana, harap kita dapat bertemu lagi cuti yang  akan datang," bicaraku dengan anas dan aziman

"jumpa lagi, uhibbukafillah sahabat,"

aku berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu mereka, setelah berbulan tidak berjumpa kerana kami telah berpindah ke mrsm baru. rasa syukur juga kepada nikmat-Nya kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti mereka. merekalah dan beberapa orang lagi sahabatku khairul ridhwan, rusyaidi, wafiy , helmi, haji dan lain-lain yang membantu aku ketika aku hampir terpesong daripada jalan yang lurus.

coretan memori:

 cerita  ini  saya  tujukan  kepada  remaja-remaja  di  luar  sana  agar  mengambil  iktibar  kerana remaja  sekarang   mudah  terpengaruh  dengan  gejala  sosial.  pergaulan  bebas,  tutur  kata  yang tidak  elok  sudah  menjadi  budaya  mereka.  juga  saya  tujukan  kepada  sahabat-sahabat  saya yang  sentiasa  mendampingi  dan  memberikan  tunjuk  ajar  kepada  saya.

nabi saw bersabda:

 terdapat  7  golongan  yang  dinaungi  Allah  di  akhirat  kelak,  antaranya  dua  orang  yang saling  menyayangi  kerana  Allah, bertemu  dan  berpisah  juga  kerana-Nya
(riwayat bukhari dan muslim)


nabi juga telah bersabda:

tidak  sempurna  iman  seseorang  daripada  kamu  hingga  dia  menyayangi  saudaranya sebagaimana  dia  menyanyangi  dirinya  sendiri
(riwayat bukhari dan muslim)

2.6.11

Cerpen: hari jumaat



                 assalamualaikum warahmatullah..assalamualaikum warahmatullah..imam memberikan salam tanda tamatnya solat jumaat..kemudian disambung pula dgn istighfar dan zikir-zikir kpd Allah tanda memuji Allah atas segala nikmat yang diberikan. aku pun turut serta mengikuti imam

                 namun, mataku dikaburi dengan langkah-langkah mereka yang keluar daripada masjid sejurus sahaja imam memberikan salam. berpusu-pusu meninggalkan masjid tanpa mengikuti imam. aku duduk di dalam masjid di bahagian belakang berdekatan dengan kawan sekolah rendah walhal ayahku duduk di bahagian depan. 

                saje-saje duduk kat sini nak tengok gelagat ummah di saf belakang aku bermonolog sendirian.
tengok mereka yang keluar terdiri daripada orang yang bekerja, remaja-remaja, kanak-kanak..dan..
"takkan orang tua sekali?  apa nak jadi la sekarang dengan umat islam ni." aku membisik dalam hati..
huh..

               kalau orang yang bekerja tu mungkin aku masih terima lagi tapi tengok pada remaja dan orang tua..aku tak dapat terimanya. ni kan musim cuti sekolah, ada apa-apa nak dibuat ke.. pelik betul la. 

              amiiin..selesai berdoa. baki yang masih tinggal di masjid terus menunaikan solat sunat rawatib.. sujud terakhir aku panjangkan menghajatkan agar semua umat manusia diberikan hidayah agar kembali ke jalan yang lurus..  

              aku berrekonstruksi apa yang dikatakan abah..

            " ingat hakim, solat jangan tinggal, perkara-perkara sunat jangan tinggal. solat sunat doakan abah dengan mak.. ingat senang nak jumpa abah macam ni, biarlah awak nak kata apa-apa.. nak kata abah memekak ke membebel ke, tak kisahlah..asalkan abah tak menyesal."

             mataku berkaca mengingatkan kembali pesan abah.. aku berjalan menuju ke tempat abah.

           "  abah.. hakim nak minta maaf, terima kasih abah sebab selalu pesan kat hakim, " aku meletakkan kepala ke bahu abah dan memeluknya..basah baju abah terkena titisan air mataku

iktibar:  hari jumaat merupakan penghulu sekalian hari. juga merupakan hari kiamat kelak. cerita ini mengisahkan kaum lelaki yang hanyut dengan kesenangan dunia yang sementara sehingga alpa dengan kehidupan akhirat yang kekal..

             dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. ( al-ankabut 29:64 ) 
            

28.5.11

HERO

assalamualaikum w.b.h.

setelah terhenti membaca hero sejak sebulan yang lalu, alhamdulillah dapat semula meneruskan pembacaan novel hero sambungan novel terasing hasil nukilan Hilal Asyraf..
novel hero byk memberikan byk manfaat kpd para pembacanya terutama dr segi tarbiah..

Bagi seorg mukmin, hero telah byk memberikan qudwah hasanah yg dpt dicontohi dlm semua aspek kehidupan lantas memberikan smgt utk menjd dai menyebarkan dakwah islamiah bg menjdkan islam adalah pggn hidup yg syumul.

selain itu, hero telah byk memberikan kesan2 yg mendlm kpd mrk yg lemah dlm menghadapi ujian Ilahi.. Hero seperti hidayah yg dihadiahkan Allah kpd mrk yg tlh hanyut dgn hasutan dunia.. hero tlh memberikan smgt bg meneruskan hidup mghadapi jln yg berliku-liku ini..

kpd para pembaca hero dan peminat setia Hilal Asyraf, semoga kita semua sentiasa diredhai Allah dlm perjuangan menegakkan agama islam.. semoga kita dpt jwpn drpd segala
masalah yg di hadapi..

hero tlh memeberikan byk jwpn yg tidk dpt saya ungkaikan dlm kehidupan saya.. akal manusia mmg sentiasa berubah-ubah mengikut emosi.. hanya wahyu Allah yg dpt membimbing akal manusia.. segala wahyu Allah yg diselitkan dlm novel hero dpt memberikan ketenangan dan kelapangan.. berdoalah kita kpd Allah agr sentiasa hidayah drpd-Nya..

ketahuilah bahawa, dgn mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang (ar-ra'd 13:28)..

22.4.11

UKHUWAH.


assalamualaikum w.b.h.

salam pertemuan..setelah berbulan-bulan tiada khabar berita, kini mzsblogspot kembali semula dengan isu-isu yang lebih menarik. isu yang akan kita bincangkan pada kali ini adalah ukhuwah ataupun pershbtn..ukhuwah ni sentiasa melibtkan rkn dan juga shbt.

rakan dan sahabat??apa pendapat anda tentang rakan dan sahabat. jika kita perhatikan, ramai yang akan mengatakan rakan dan sahabat ni sama sahaja. kedua-duanya sama maksud seperti kawan. xde beza pon sebenarnya. itu pandangan org rmi tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara rakan dan sahabat.

rakan merupakan org yg disekeliling kita. mcm di sekolah, semua yg brdktn dgn kita adalah rkn. shbt pula merupakan org yg tertentu, yg dipilih oleh kita sendiri. hanya segelintir yg boleh jd shbt kita. selalu kita dgr, carilah rkn seramai yg boleh tetapi shbt, pilihlah yg btol2. kalau shbt yg kita pilih betol, maka luruslah jln kita. kalau shbt yg dipilih salah, maka rosaklah, tersungkurlah, jauhlah kita dr jln yg lurus.

anda masih keliru berkenaan rkn dan shbt?? biar saya trgkn secr ringkas.. rkn same shj mcm kwn. shbt ni pula org yg lebih drpd kwn, org yg kita percayai, org yg sentiasa ada bersama kita sama ada masa kita sng ataupun susah.shbt ni juga adalah org yg dpt membantu kita ketika kita dlm kesusahan, org yg gembira masa kita gembira, org yg sedih apabila kita sedih dan mrk yg akn bawa kita ke jln yg bnr, jln yg lurus apabila kita tenggelam di lembah maksiat.

setiap masalah yg dihdpi kita dikongsi bersama shbt..tidak kisahlah sama ada kecil ataupun besar..segala yang kita rasai shbt juga mahu merasainya bersama.di akhirat kelak nnt, trdpt 7 golongan yang akn dinaungi Allah, antaranya ialah dua org lelaki yg berkasihan atr satu sama lain, bertemu dan berpisah adlh krn Allah.


akhir kata drpd saya, pilihlah shbt yg baik krn shbt merupakan cermin bg dri kita..