Pages

2.6.11

Cerpen: hari jumaat



                 assalamualaikum warahmatullah..assalamualaikum warahmatullah..imam memberikan salam tanda tamatnya solat jumaat..kemudian disambung pula dgn istighfar dan zikir-zikir kpd Allah tanda memuji Allah atas segala nikmat yang diberikan. aku pun turut serta mengikuti imam

                 namun, mataku dikaburi dengan langkah-langkah mereka yang keluar daripada masjid sejurus sahaja imam memberikan salam. berpusu-pusu meninggalkan masjid tanpa mengikuti imam. aku duduk di dalam masjid di bahagian belakang berdekatan dengan kawan sekolah rendah walhal ayahku duduk di bahagian depan. 

                saje-saje duduk kat sini nak tengok gelagat ummah di saf belakang aku bermonolog sendirian.
tengok mereka yang keluar terdiri daripada orang yang bekerja, remaja-remaja, kanak-kanak..dan..
"takkan orang tua sekali?  apa nak jadi la sekarang dengan umat islam ni." aku membisik dalam hati..
huh..

               kalau orang yang bekerja tu mungkin aku masih terima lagi tapi tengok pada remaja dan orang tua..aku tak dapat terimanya. ni kan musim cuti sekolah, ada apa-apa nak dibuat ke.. pelik betul la. 

              amiiin..selesai berdoa. baki yang masih tinggal di masjid terus menunaikan solat sunat rawatib.. sujud terakhir aku panjangkan menghajatkan agar semua umat manusia diberikan hidayah agar kembali ke jalan yang lurus..  

              aku berrekonstruksi apa yang dikatakan abah..

            " ingat hakim, solat jangan tinggal, perkara-perkara sunat jangan tinggal. solat sunat doakan abah dengan mak.. ingat senang nak jumpa abah macam ni, biarlah awak nak kata apa-apa.. nak kata abah memekak ke membebel ke, tak kisahlah..asalkan abah tak menyesal."

             mataku berkaca mengingatkan kembali pesan abah.. aku berjalan menuju ke tempat abah.

           "  abah.. hakim nak minta maaf, terima kasih abah sebab selalu pesan kat hakim, " aku meletakkan kepala ke bahu abah dan memeluknya..basah baju abah terkena titisan air mataku

iktibar:  hari jumaat merupakan penghulu sekalian hari. juga merupakan hari kiamat kelak. cerita ini mengisahkan kaum lelaki yang hanyut dengan kesenangan dunia yang sementara sehingga alpa dengan kehidupan akhirat yang kekal..

             dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. ( al-ankabut 29:64 ) 
            

No comments:

Post a Comment