assalamualaikum w.b.h
ibu bapa adalah asal usul kita. ibu bapa yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari kecil hingga besar dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan. setiap perkara yang kita kehendaki pasti ibu bapa akan berusaha untuk memenuhinya.
kita perlu berbuat baik kepada ibu bapa untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. kalau nak dihitung segala jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita dengan nikmat yang paling bernilai di dunia ini tidak dapat dihitung. jasa dan pengorbanan mereka sangatlah besar sehingga tak terkira.
berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. sesungguhnya amalan ini sangat dicintai Allah dan Rasulnya.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a, beliau berkata
maksudnya:'aku pernah bertanya kepada Nabi saw:'apakah amalan yang paling dicintai Allah?'baginda menjawab:'solat pada waktu(utama)nya.'aku bertanya:'kemudian apa lagi?'baginda menjawab 'berbakti kepada kedua orang tua.'aku bertanya:kemudian apa lagi?'baginda menjawab:'berjihad fi sabilillah.'
(riwayat bukhari dan muslim)
tetapi kebanyakan orang lebih mementingkan perkara yang lain daripada melakukan kebaikan kepada ibu bapa. kebanyakan orang lebih mementingkan kerjaya daripada ibu bapa mereka sendiri. ada yang kerana lelaki ataupun perempuan sanggup tinggalkan ibu bapa mereka, larikan diri daripada rumah. bukan dapat kebahagiaan pun, hanya dapat kesengsaraan dan dosa.
kita selalu terdengar antara dosa besar ialah derhaka kepada ibu bapa. setiap percakapan, perbuatan dan segala tingkah laku kita terhadap ibu bapa yang menyakiti hati ibu bapa kita sama seperti kita menderhakai ibu bapa.
seperti di dalam firman allah:
maksudnya: ...maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia...
(surah ai-isra':sbhgn ayt 23-24)
saya pernah dengar ceramah tentang adab kepada ibu bapa. ustaz penceramah berkata dosa besar apabila kita memaki ibu bapa kita.
sahabat pernah bertanya kepada Nabi saw:'bagaimanakah seseorang itu boleh memaki kedua-dua orang tuanya sendiri ya rasulullah??Nabi menjawab:apabila seseorang itu mengutuk ibu atau bapa orang lain..(cerita ustaz penceramah)
maksudnya disini, apabila kita mengejek atau mengutuk ibu atau ayah orang lain adalah sama seperti kita memaki ibu bapa sendiri. sedangkan perkataan 'ah' tidak boleh diungkapkan apatah lagi memaki. dosa besar seseorang itu apabila memaki ibu bapanya sendiri.
ya Allah..adakah kerana kita mengutuk ibu bapa orang lain kita sudah dapat dosa besar??adakah kita nak menanggung dosa besar itu??
dekat sekolah saya..kebanyakan orang suka memanggil ayah orang lain dengan perkataan yang tidak baik. sedangkan panggil ayah orang lain dengan namanya saja sudah seperti memaki ayah sendiri..
contohnya, ayah seorang budak ni namanya kamal. budak ni namnya reza. kawan dia panggil reza: wei kamal, maksudnya kawan dia bukan panggil reza tapi kamal iaitu ayah dia..macam ni pun dikatakan seperti memaki ayah sendiri kerana panggilan itu seperti tidak menghormati ayah kawannya sama seperti tidak menghormati ayahnya sendiri..seperti dia memanggil ayahnya dengan nama bukannnya dengan panggilan 'ayah'
takkan kerana perkara sebegini kita sudah mendapat dosa besar??
jadi kesimpulannya janganlah sesekali menyakiti hati ibu bapa orang lain lagi-lagi ibu bapa kita sendiri. berbuat baiklah kepada ibu bapa kita. janganlah sesekali menyinggung perasaan mereka. ingatlah.. keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa..
kalau tiada keredhaan ibu bapa maka tiadalah keredhaan Allah..tiada kesenangan di dunia apatah lagi di akhirat kelak. hanya menjadi ashabul syimal(golongan kiri) yang masuk neraka melainkan yang mendapat keampunan daripada Allah
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi saw, Baginda bersabda
maksudnya:'celakalah, celakalah dan celakalah! iaitu orang yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya sehingga sampai usia mereka lanjut, namun dia tidak boleh untuk masuk ke dalam syurga(lantaran tidak berbakti kepada mereka)